about bias stuff link home instagram twitter tumblr follow blogskins
Life So Hard
Khamis, 8 September 2016 | 10:29 PTG | 0 comments

Assalamualaikum guys,


Dah berapa minggu tertinggal nak tulis blog. Busy dengan macam2. Dua minggu lepas busy dengan buku logs PPIM. Dari skolah rendah ke skola menengah, then sampai laa form 6 buat buku logs tu. Alhamdulillah minggu lepas dah siap pown buku tuu. 

Tapi, cikgu2 still dengan test. Homework yang datang tak kira masa. Cuma minggu lepas relax sikit sebab keja cikgu bagi agak lenggang. So. kluar jalan2 kejap dengan family pekena pasembor waktu Hari Kemerdekaan. Release sikit tension ni.

Then, minggu ni macam2 jadi rasanya dalam kelas. Don't know why but skarang kelas a little bit serabut. Gaduh2 sana sini. Rasa macam still budak skola rendah. Dan gaduh ni still belom settle. Dalam kelas girls macam ada 2 geng, sebelom n semua happening. And diri sendiri pown still terjebak jgak because of them. Tapi harap sangat lepas raya ni semua dah okay macam dulu. huhuhuhuu. Esok plak ada presentation Pengajian Am. Rasa macam tak maw pegi tapi disebabkan ada pegang duit MP terpaksa pegi jugak. Hati ni tak rela taw, nak jaa ponteng ;(

Lastly, macam karangan daaaaa.....
Malam ni terpaksa ws sana ws sini nak ingatkan classmate hope tak lupa bawa duit untuk bayar esok for Majlis Perpisahan Upper 6. Muka ni laa yang tebal nak menjawab dengan AJK Bendahari MP esok taw. Harap sangat2 esok semua bawa even dalam hati still rasa tak sedap jaaa. Lelaki atau budak perempuan yang tak penah ws pown kena ws jgak.

Keja untuk print reading corner kelas esok dah settle, untuk present Pengajian Am siap tinggal Bm jaa sikit lagi. Esok maybe baru nak buat..

Tata
Kemenangan Tak Disangka
Rabu, 24 Ogos 2016 | 11:40 PTG | 0 comments

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya our class, 6B1 dapat number 2 untuk Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dalam tingkatan 6. Kami hanya berharap dapat number 3  atau 4 pun dah cukup baik. Waktu cikgu umum pemenang number 3 dan 4, ingatkan dah takdak harapan untuk menang. Mana taknya, menyanyi suara perlahan sangat waktu mula-mula. Cikgu Wan dengan juri dekat depan siap action tangan suruh kuatkan suara. Bila dah mula nyanyi kuat siap dengan gaya, bole plak Cikgu Wan (guru kelas) kami gelak dekat belakang2 radio tuu. Malunya buat persembahan tadii ! Dah laaa nyanyi depan upper plak tuu, aduhhh. Tapi semuanya berbaloi sebab dapat tempat kedua. Seriusly kami semua tak expect langsung kowt, dengan latihan pun last2 minute jaa. Rasanya cikgu belom taw kami menang, hehehehehehe. Esok kita agih hadiah nahh ramai2. Tahun depan kita buat bagi menang lagi taw. Sayang semua..

TATA !
Kem Pertama Untuk Tahun 2016
Isnin, 22 Ogos 2016 | 6:28 PTG | 0 comments

Assalamualaikum guys,

petang ni kita nak menulis sikit. sikit jaa ;)
Sabtu minggu lepas kita pergi kem dekat sekolah ja. Waktu ustazah bagi surat kebenaran untuk datang sekolah untuk buat buku log puteri Islam, patut macam pelik kertas tu, siap kena surat kebenaran bagai. Rupanya bukan datang buat buku log ja, kena kem terus tapi rasanya ni first time pegi kem setengah hari ja. Dulu slalu pegi kem at least 3 hari 2 malam punya. Tapi best jugak plus penat skali, heheheheh. Iya la mana tak penatnya kem sehari tapi ustazah nak buat macam2 aktiviti. Ligan masa jugak laa tapi still happy.

Mula2 pegi tu cikgu bahagikan grup untuk aktiviti nanti. Grup kami pilih keja yang senang laa, buat sandwich pagi2. Kami buat sambil makan. HAHAHAAAA
Perangai tu still macam budak2, even dah PraU. Kumpulan lain buat gadjet. Alaa yang macam pengankap slalu buat tu, ikat2 dengan kayu then jadi la rak, perabot & others. Lepas tu ustazah mintak kami yang senior ni pasangkan khemah untuk adik2 junior sebab akak2 ni dah besa pegi kem. Bila khemah siap dipasang tetiba terasa nak selfie. Kemain lagi kami selfie guna phone ustazah, berpuluh2 jugak laa. Setelah penat pasang khemah di bawah matahari yang mula terbit, kami semua sambung buat buku log dalam surau. Tapi yang seniors besa laaa, kami bukan tumpukan, bole kata 10% daripada 100% kami tumpukan sebab tengah sibuk hantar gambar2 selfie tadi ke phone masing2. Nasib ustazah sporting tak marah2, hikhikhik. Habis buat buku log, buat laa sangat, mula laa aktiviti akhir.  Masak untuk makan tengah hari nanti. Kami semua termasuk ustazah2, masak nasi briani, ayam masak merah & sayur jelatah. Perghhh, memang umphh laa. Lagi2 tengah lapar sangat2 time tu. Ustazah masing2 dah bawakan tong air yg dah siap dibancuh. so, agak senang kerja anak murid ni. Lastly, kami pun berkemas dan balik dengan perut yang kenyang, Alhamdulillah..

Tapi bila balik rumah terus kena siapkan diri nak balik kampung. Serius letih sangat2 haritu. Nasib laa hari ahad free. boleh relax2 sikit.

Sebenarnya rindu nak pergi kem, tapi disebabkan lama tak pergi, mula jadi malas dah nak pergi. Waktu form 4 aktif sungguh rasanya, pergi kem sana sini even still dalam negeri. Teringat first time kem form 4 , nangis waktu first day time maghrib sebab rindu sangat dekat mak. dah lama tak berpisah dengan mak rasanya. Kem2 seterusnya still teringat, menangis waktu call mak cakap dah sampai kem, tak lalu makan sebab tertunggu-tunggu hari nak balik. Excitednya bila nak balik, bila balik rumah mesti makan masakan mak bersungguh-sungguh. Macam mana laa nak study jauh2 ni kalau still nak dekat dengan family. Patut laa ramai kawan yang homesick bila study jauh.hehehhe

Nyte

Test By Test ~
Rabu, 17 Ogos 2016 | 3:44 PG | 0 comments

Assalamualaikum geng,

tiba-tiba bila petang macam ni rasa teringin nak berblog plak. Dah berapa minggu dah tak update rasanya sebab banyak test yang cikgu buat. Sekarang ni rajin betul cikgu buat test ;( Semalam baru habis presentation untuk info feed Muet. Tak pernah lagi laa cakap sorang2 kat depan. Lepas habis present Hanis genggam tangan and dia cakap 'tangan hg mesti sejuk kan, tangan still ketar plak tu' huhuhuhuuu. Aku cuba nak jadi berani macam orang lain present tapi bila sampai kat depan, otak terus blank. don't know cam na nak atasi. 


Malam tadi plak punya la bersungguh-sungguh sampai tido lewat nak ulangkaji untuk test BM. Cikgu plak bagitaw exam last minute. Cikgu cakap ni laa cara budak U. Always ada exam mengejut, huaaaargghhh. Dah tu, sambung pagi-pagi revision lagi. Time dekat skola tadi, cikgu mengajar kat depan, mata ni kuyu sungguh sampai susah nak bukak sebab tak cukup tido. Alhamdulillah dah buat test tadi, dah buat sebaik mungkin tapi still tak dapat siap sebab tak cukup masa. Takpa, nanti lagi sekali saya buat Baikk Punyaa cikguu ! hehehehehehe


So, semalam dah study kan, hari ni reward kan diri sikit. Belanja untuk myself tengok movie plak ! Malam ni nak tido awal , nak qada tido semalam, hahahahaha ! minggu depan pun still ada test huuuaaaahhhhh. Wish me luck guys. 


XOXO
Love
Selasa, 26 Julai 2016 | 4:05 PG | 0 comments

Assalamualaikum guys.

 Harini lepas sekolah tadi saja bukak laptop. Dah bosan n bukak laa youtube sebab ada homework untuk MUET. Kena cari short films. Dalam tercari-cari tu terjumpa banyak sad films mengenai mak, ayah, kawan & cikgu. Menangis-nangis sambil tengok video-video tu sampai dah sengau rasanya suara ni sebab banyak sangat menangis. Banyak sangat yang best sampai rasa nak upload semua dekat sini tapi terlampau banyak. Tersentap rasanya hati ni sebab rasanya sejak-sejak ayah belikan moto sebab senang nak pegi mana-mana buat homework & tuisyen. Tapi malangnya masa dekat rumah dengan family selalu terhad. Kadang-kadang sampai stress sebab mak ayah pun selalu tanya. Bila nak duduk rumah? Rasa macam rumah ni tempat penginapan makan, minum, mandi ja. Lepas semua tu mesti keluar jumpa kawan. Habis tuisyen pun dulu sampai malam family dah tidur dah. Tipu laa kalau tak sedih hati ni.Kawan-kawan plak macam tak nak faham masa lapang dengan keluarga. Duit plak melayang bagai angin yang kuat sebab always ajak keluar makan luar. Kadang-kadang sabar je laa dengan kerenah kawan-kawan yang pelbagai ni ;( Tapi sekarang tengah cuba nak kurangkan keluar selalu. Yaa laa, tak molek perempuan selalu keluar, lagi-lagi waktu malam. Now Im just happy with what Im do.
A New Life Begins
Rabu, 13 Julai 2016 | 4:39 PG | 0 comments

Assalamualaikum guys, lama sungguh tak menulis blog n. sebelum menulis tadi kita cantikkan dulu blog dengan blogskin baru. Lawa laa ! heheehehee, kembang japp. just nak menulis kejap tentang apa yang dibuat dengan kehidupanku sekarang. now i'm study in form 6. even, sebenarnya dapat poli berdekatan rumah and kos yang dah lama minat tapi hati ni lebih tertarik untuk masuk form 6 sebab dengar dari ramai orang for its benefit. actually masuk form 6 ni best. lagi-lagi dapat kawan satu kelas yang masuk air. memang satu kelass ! mula-mula semua tunggu upu and poli tapi at last tak dapat. tak rugi pun masuk form 6 ni, pegi jaa google benefit dia. tapi satu benda yang dah susah nak buat, dah susah nak jumpa/hangout with my bestfriends (Michiyeon). hahaha nama group ws yang Fatin Nadiah bagi. its meaning a little bit rude. its just for fun. semua dah busy belajar. Fatin & Fathiyah dah pegi Pahang, Zilah matrik Penang tapi still susah jumpa. yang hari-hari jumpa Hajar jaa :P hajar laa teman baik gaduh sekarang ni. tapi kami still contact each other. rindunyaaa beb nak jumpaa ! takpa biar susah-susah dulu belajar, nanti bagi sama-sama senang taw.sampai sini jaa nak menulis nanti kalau sempat, kita jumpa lagi. tak lupa nak ucap untuk semua Selamat Hari Raya Aidilfirti semua !
'Holiday'
Ahad, 20 September 2015 | 7:36 PG | 0 comments

Assalamualaikum blogger :) Alhamdulillah bcause we still alive till today. hehehehehe. sebenarnya happy dapat cuti seminggu, dapat relax kejap dari sekolah. 'kejap' kah? tapi cuti ni duduk kat rumah ja. repeat kehidupan harian. nak study tunggu mood datang baru nk cari buku padahal hari nak SPM tu hanya menghitung beberapa hari lagi. bila tengok result trial ada yg puas hati dan ada yang tak. Maths! huahuahuaaa , still xbole move on maths, dont know why. tapi bila pikir balik kena buat jgak yg tbaik sbb smua ni melibatkan my future. hmmm... fighting Jannah ~