about bias stuff link home instagram twitter tumblr follow blogskins
Kem Pertama Untuk Tahun 2016
Isnin, 22 Ogos 2016 | 6:28 PTG | 0 comments

Assalamualaikum guys,

petang ni kita nak menulis sikit. sikit jaa ;)
Sabtu minggu lepas kita pergi kem dekat sekolah ja. Waktu ustazah bagi surat kebenaran untuk datang sekolah untuk buat buku log puteri Islam, patut macam pelik kertas tu, siap kena surat kebenaran bagai. Rupanya bukan datang buat buku log ja, kena kem terus tapi rasanya ni first time pegi kem setengah hari ja. Dulu slalu pegi kem at least 3 hari 2 malam punya. Tapi best jugak plus penat skali, heheheheh. Iya la mana tak penatnya kem sehari tapi ustazah nak buat macam2 aktiviti. Ligan masa jugak laa tapi still happy.

Mula2 pegi tu cikgu bahagikan grup untuk aktiviti nanti. Grup kami pilih keja yang senang laa, buat sandwich pagi2. Kami buat sambil makan. HAHAHAAAA
Perangai tu still macam budak2, even dah PraU. Kumpulan lain buat gadjet. Alaa yang macam pengankap slalu buat tu, ikat2 dengan kayu then jadi la rak, perabot & others. Lepas tu ustazah mintak kami yang senior ni pasangkan khemah untuk adik2 junior sebab akak2 ni dah besa pegi kem. Bila khemah siap dipasang tetiba terasa nak selfie. Kemain lagi kami selfie guna phone ustazah, berpuluh2 jugak laa. Setelah penat pasang khemah di bawah matahari yang mula terbit, kami semua sambung buat buku log dalam surau. Tapi yang seniors besa laaa, kami bukan tumpukan, bole kata 10% daripada 100% kami tumpukan sebab tengah sibuk hantar gambar2 selfie tadi ke phone masing2. Nasib ustazah sporting tak marah2, hikhikhik. Habis buat buku log, buat laa sangat, mula laa aktiviti akhir.  Masak untuk makan tengah hari nanti. Kami semua termasuk ustazah2, masak nasi briani, ayam masak merah & sayur jelatah. Perghhh, memang umphh laa. Lagi2 tengah lapar sangat2 time tu. Ustazah masing2 dah bawakan tong air yg dah siap dibancuh. so, agak senang kerja anak murid ni. Lastly, kami pun berkemas dan balik dengan perut yang kenyang, Alhamdulillah..

Tapi bila balik rumah terus kena siapkan diri nak balik kampung. Serius letih sangat2 haritu. Nasib laa hari ahad free. boleh relax2 sikit.

Sebenarnya rindu nak pergi kem, tapi disebabkan lama tak pergi, mula jadi malas dah nak pergi. Waktu form 4 aktif sungguh rasanya, pergi kem sana sini even still dalam negeri. Teringat first time kem form 4 , nangis waktu first day time maghrib sebab rindu sangat dekat mak. dah lama tak berpisah dengan mak rasanya. Kem2 seterusnya still teringat, menangis waktu call mak cakap dah sampai kem, tak lalu makan sebab tertunggu-tunggu hari nak balik. Excitednya bila nak balik, bila balik rumah mesti makan masakan mak bersungguh-sungguh. Macam mana laa nak study jauh2 ni kalau still nak dekat dengan family. Patut laa ramai kawan yang homesick bila study jauh.hehehhe

Nyte