Love
Selasa, 26 Julai 2016 | 4:05 PG | 0 comments
Assalamualaikum guys.
Harini lepas sekolah tadi saja bukak laptop. Dah bosan n bukak laa youtube sebab ada homework untuk MUET. Kena cari short films. Dalam tercari-cari tu terjumpa banyak sad films mengenai mak, ayah, kawan & cikgu. Menangis-nangis sambil tengok video-video tu sampai dah sengau rasanya suara ni sebab banyak sangat menangis. Banyak sangat yang best sampai rasa nak upload semua dekat sini tapi terlampau banyak. Tersentap rasanya hati ni sebab rasanya sejak-sejak ayah belikan moto sebab senang nak pegi mana-mana buat homework & tuisyen. Tapi malangnya masa dekat rumah dengan family selalu terhad. Kadang-kadang sampai stress sebab mak ayah pun selalu tanya. Bila nak duduk rumah? Rasa macam rumah ni tempat penginapan makan, minum, mandi ja. Lepas semua tu mesti keluar jumpa kawan. Habis tuisyen pun dulu sampai malam family dah tidur dah. Tipu laa kalau tak sedih hati ni.Kawan-kawan plak macam tak nak faham masa lapang dengan keluarga. Duit plak melayang bagai angin yang kuat sebab always ajak keluar makan luar. Kadang-kadang sabar je laa dengan kerenah kawan-kawan yang pelbagai ni ;( Tapi sekarang tengah cuba nak kurangkan keluar selalu. Yaa laa, tak molek perempuan selalu keluar, lagi-lagi waktu malam. Now Im just happy with what Im do.