RUNNING MAN
Jumaat, 17 Mei 2013 | 7:59 PG | 0 comments
Hello & Good Night bloggers ;) Malam ni mesti ada yang berjaga sebab nak tonton Running Man ni kan ? Yeahhh, kita geng ! Aku dah lama sangat ketinggalan nak tonton cerita ni sebab asyik tertidur ja, maklumlah cerita ni start pukul 11.50. Selalunya aku tidur petang dan malam berjaga jadi burung hatu dekat dalam rumah ni tapi petang tadi tak sempat nak tidur sebab pergi tuisyen, so malam ni walau macam mana pown aku nak tengok jugak cerita kegemaran aku ni !
Waktu cuti panjang dulu ayah aku selalu terjaga dari tidur sebab dia dengar ada orang ketawa macam hantu. Bila buka pintu, aku lah hantu tu yang ketawa tak ingat dunia sebab tonton cerita ni best giler kowt ! Hari Jumaat ada satu episode ja tapi hari Sabtu ada tiga episode sekaligus, ulangan untuk episode yang lama. Family aku pown dah faham sangat dengan sikap aku yang satu ni. Dah tak boleh diubah dah...
Cuba teka mana satu 'Boyfriend' aku dekat atas tu ? Lee Kwang soo ( gambar pertam ) Si girafah yang tinggi tu la, walaupun dia ni gelong sikit tapi aku suka sebab dia lah yang meriahkan lagi cerita ni.Paling Comel ? Yoo Jae Suk ( yang keempat ) . Si belalang yang licik dan pandai menggunakan pistol air.
Sebenarnya semua orang dekat atas tu ada kelebihan yang tersendiri tapi malas lah pulak nak cerita. Nak taw jugak, pergi layan sendiri cerita ni, konfirm nak tengok lagi...
Good Night ;D